Berita UtamaDunia

Pemuda Palestin bebas selepas 19 tahun menderita di penjara Israel

Berjaya hafal al-Quran dalam tempoh 9 bulan pada 2008

 

RAMALLAH, 1 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Selepas 19 tahun menderita dalam sel sebuah penjara di bumi haram Israel, seorang pemuda Palestin akhirnya dibebaskan, kelmarin.

Majdi Hussein al-Qubaisi ditahan pada November 2002 selepas tentera Zionis menuduh anak muda berkenaan terlibat dengan Briged al-Qassam, sayap – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Dia kemudian dihumban ke dalam tahanan selama dua bulan dan berdepan pelbagai penyeksaan dan penderaan yang teruk sebelum di masukkan secara tetap ke penjara.

Sebelum ditahan Majdi merupakan seorang pelajar kejuruteraan di University Birzeit di Tebing Barat, namun disebabkan sikap zalim tentera Zionis menyebabkan dia dihalang untuk menghabiskan pengajian.

Lebih menyedihkan sepanjang dalam tahanan dia tidak dibenarkan untuk diziarahi ahli keluarga selama-bertahun-tahun dengan alasan Majdi sebagai tahanan pentadbiran.

Namun penyeksaan yang dilakukan pegawai di penjara tidak mematahkan semangat lelaki muda berkenaan mencari ilmu meskipun berada dalam sel tahanan.

Sangat membanggakan, Majdi berjaya khatam dan menghafaz al-Quran dalam tempoh sembilan bulan pada tahun 2008.

Sehingga kini, lebih 7,000 rakyat Palestin dilaporkan menjadi tahanan di penjara Israel.

Malah kebanyakan tahanan diletakkan dibawah tahanan pentadbiran menyebabkan mereka ditahan melebihi 11 tahun dan ada sebahagian lagi terpaksa menjalani kehidupan dalam penjara selama-lamanya tanpa dibiacarakan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button