Dunia
PM Iraq al-Kadhimi terselamat dalam serangan dron
Wujud cubaan membunuh selepas kediaman rasminya diserang

BAGHDAD, 2 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Sebuah dron cuba menyasarkan kediaman di Zon Hijau di Baghdad dan perdana menteri tidak cedera,” menurut kenyataan pejabat perdana menteri.
Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan “baik” dan meminta semua “bertenang demi untuk Iraq.”
Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.