Rezeki yang diberkati Allah SWT
Kebahagian itu tidak semestinya datang dengan limpahan wang

1. TERKADANG kita merasa hairan melihat manusia yang diberikan ketenangan dan kelapangan yang berbeza. Ada manusia yang diberikan kurniaan wang yang banyak, namun masih merasakan tidak cukup sehingga menganiya orang lain dalam mencari harta dunia.
2. Namun, ada juga manusia yang dikurniakan rezeki yang sederhana atau sedikit, namun hidup mereka tenang dan Bahagia, sehingga kita merasa seronok melihat ketenangan dan kebahagian kehidupan mereka.
3. Jelas di sini bahawa ketenangan dan kebahagian itu tidak semestinya datang dengan limpahan wang yang banyak tetapi dianugerahkan buat mereka yang redha dan menjaga hak-hak yang diperintahkan oleh Allah. Sabda Rasulullah:
إن اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يبتلي عَبْدَهُ بِمَا أَعْطَاهُ فَمَنْ رضي بِمَا قَسَمَ الله عز وجل له بَارَكَ الله له فيه وَوَسَّعَهُ وَمَنْ لم يَرْضَ لم يُبَارِكْ له ولم يزده على ما كتب له
Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala, akan menguji hamba-Nya dengan rezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah , maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki tersebut untuknya. Dan barang siapa yang tidak redha, nescaya rezekinya tidak diberkati. (HR Ahmad)
4. Tidak salah mencari rezeki yang banyak, namun jangan sampai harta tersebut menjadikan kita jauh dari Allah dan tidak bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr Ahmad Sanusi Azmi