IstimewaKata Pedang

Negara haram Israel perakui kebolehan tenaga mahir penduduk Palestin

Tak adil, tawarkan gaji 150 peratus lebih rendah berbanding pekerja asal

RAMALLAH, 3 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Buat pertama kalinya, rakyat Palestin diberikan permit bekerja di negara haram Israel dalam bidang teknologi.

Sebanyak 500 permit dikeluarkan ekoran negara itu kekurangan tenaga kerja mahir sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pemberian permit hanya terhad kepada sektor utama iaitu sektor pembinaan pertanian, industri dan perkhidmatan.

Menerusi permit yang dikeluarkan ia sekali gus memberikan peluang penduduk Palestin mengembangkan kemahiran termasuk ke negara lain seperti Timur Eropah.

Tindakan berkenaan jelas membuktikan negara penjajah Israel mengiktiraf kelebihan yang ada kepada penduduk Palestin.

Bagi permulaan tahun hadapan, sebanyak 200 permit dikeluarkan disusuli 200 permit lagi pada 2023 manakala 100 lagi permit bakal dikeluarkan pada 2024.

Bagaimanapun, penduduk Palestin yang diberikan permit kerja berkenaan hanya ditawarkan gaji 150 peratus rendah daripada purata gaji penduduk di negara haram berkenaan.

Walaupun inisiatif itu seperti membuka pintu kepada pekerja berpendapatan rendah dan perkhidmatan kolar putih dalam sektor utama, namun tindakan berkenaan tetap dilihat tidak berperikemanusiaan berikutan kerajaan itu kekurangan kakitangan berkemahiran tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button