Berita Utama

Selangor peroleh RM900 juta kutipan premium tanah

Penjawat awam Selangor bakal terima bonus tak lama lagi

SHAH ALAM, 3 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Sebanyak RM900 juta berjaya diperoleh hasil kutipan premium tanah di Selangor sehingga Jumaat lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan hasil kutipan yang sudah mencecah RM2 bilion pada Jumaat lalu.

“Tanah menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar (hasil kutipan) hasil cukai dan hasil bukan cukai. Hasil cukai seperti cukai pintu masih lagi berkaitan tanah, cukai premium juga hasil kita,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi khabar gembira kepada penjawat awam negeri itu berkaitan pemberian bonus.

Katanya, berita gembira berkenaan akan dimaklumkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor, 26 November ini.

“Insya-Allah bonus (untuk penjawat awam) akan lain sedikit tahun ini bergantung kepada kutipan hasil di negeri ini.

“Pengumuman tersebut akan kita dibuat pada 26 November nanti ketika pembentangan itu, namun kerajaan negeri Selangor harus memikirkan secara menyeluruh agar kita dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Beliau dalam masa sama mengingatkan penjawat awam di Selangor supaya mempunyai sikap daya tahan uji yang tinggi untuk mengharungi pelbagai cabaran baharu, di samping meneroka peluang yang ada.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button