Turki umum subsidi bil elektrik
Kerajaan rancang naikkan gaji minimum rakyat

ANKARA, 4 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Turki akan mengurangkan dua pembayaran tetap daripada bil elektrik rakyat negara itu, sekali gus memberi kelegaan kepada seluruh isi rumah.
Presiden, Recep Tayyip Erdogan berkata, kerajaan akan menghentikan bayaran sebanyak dua peratus ke atas bil elektrik yang selama ini dikenakan bagi membiayai dana penyiaran TRT.
Manakala, satu peratus lagi yang dikenakan untuk bayaran levi bagi kos tertunggak, katanya selepas mesyuarat Kabinet semalam.
“Dengan tidak mengganggu imbangan firma dalam sektor tenaga atau menganiaya pengguna, kerajaan menangani kekurangan krisis tenaga global,” katanya.
Perkara itu diumumkan selepas kerajaan merancang ransangan fiskal dengan cara menaikkan gaji minimum negara itu, pelepasan kos tenaga dan menaikkan gaji kakitangan awam.
Menurut data, kadar inflasi tahunan meningkat kepada 19.89 peratus, di dorong dengan harga makanan, perkhidmatan, perumahan dan pengangkutan, sekali gus memberi andaian kenaikan mendadak kos tenaga dunia.
Erdoğan berkata, harga gas asli di Eropah melonjak daripada sekitar AS$115 pada awal 2020 kepada AS$1,100 bulan lepas.
“Sehingga kini, kami masih menyediakan gas asli yang digunakan di bangunan kediaman daripada AS$150.
“Melihat kepada harga pembelian, kita tetap menyalurkan subsidi sebanyak TL 50 bilion (AS$5.2 bilion) dengan menyediakan gas asli kepada isi rumah selain memberi diskaun sebanyak 76 peratus” katanya.
Beliau juga menyatakan kerajaan telah memberi subsidi TL 17 bilion (AS$1.76 bilion) kira-kira separuh daripada peningkatan kos elektrik.
“Kami berusaha untuk kurangkan beban rakyat dan kerajaan menyediakan lebih TL1,500 (AS$155) kos tenaga elektrik bagi setiap rakyat,” katanya. – Agensi