Ekstremis Yahudi musnahkan harta benda penduduk Palestin di Al-Bireh
Simbah cat, conteng perkataan rasis pada dinding

TEBING BARAT, 5 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Penceroboh haram Yahudi merosakkan dan memusbahkan kereta dan harta benda rakyat Palestin di bandar Al-Bireh, Tebing Barat yang diduduki, lapor Pusat Maklumat Palestin.
Menurut sumber tempatan, penceroboh dengan biadabnya menyimbah cat dan membocorkan tayar tiga kenderaan.
Mereka juga menconteng dengan perkataan berunsur rasis pada kereta dan dinding berhampiran zon perindustrian bandar itu.
Insiden vandalisme dan keganasan oleh ekstremis Yahudi terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah kejadian harian di Tebing Barat.
Pasukan pendudukan Israel, kelmarin juga mencabut berpuluh-puluh pokok zaitun di bandar Battir, barat Bethlehem.
Pegawai perbandaran Zaki Al-Batma berkata, jentolak Israel, diiringi oleh pasukan pendudukan, mencabut berpuluh-puluh pokok di ladang zaitun milik penduduk tempatan. – Agensi