Berita Utama

Kadar pengangguran di Korea Selatan meningkat meski sekatan dilonggar

Sektor kesihatan, sosial tambah 300,000 jawatan berbanding 2020

SEOUL, 5 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Kadar pengangguran di Korea Selatan meningkat pada bulan Oktober, meskipun kelonggaran sekatan dilaksanakan bagi membolehkan rakyat mencari pekerjaan.

Kadar pengangguran meningkat kepada 3.2 peratus berbanding 3 peratus pada September, lapor pejabat perangkaan.  

Angka itu lebih tinggi daripada ramalan asal ahli ekonomi iaitu 3.1 peratus.

Ekonomi Korea telah bersiap sedia untuk melonggarkan peraturan penjarakan sosial, sekali gus membolehkan kebanyakan restoran dibuka semula sepenuhnya dan mengurangkan had perhimpunan persendirian.  

Laporan hari ini menunjukkan kadar orang yang sudah bekerja dan sedang mencari pekerjaan meningkat sebanyak 0.1 peratus dari September kepada 62.8 peratus, bagaimanapun bacaan itu masih jauh di bawah paras pra-COVID iaitu 64.1 peratus pada awal 2020.

Berbanding bulan sebelumnya, bilangan individu yang bekerja kini meningkat sebanyak 18,000, manakala mereka yang tidak bekerja meningkat lebih besar iaitu 51,000, menyebabkan kadar pengangguran lebih tinggi. 

Pada Oktober, sektor perkhidmatan kesihatan dan sosial menambah 300,000 jawatan berbanding tahun sebelumnya.  

Manakala dalam industri pengangkutan dan gudang, pekerjaan meningkat sebanyak 163,000 dan sebanyak 108,000 dalam perkhidmatan pendidikan.  

Restoran dan hotel menambah 22,000 pekerjaan. Sektor pembuatan susut 13,000, kurang daripada bulan sebelumnya.

Lembaga Bank Korea akan meneliti data pekerjaan dengan teliti kerana pihakhya mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah pada semakan dasar 25 November. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button