Berita Utama

Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan secara berperingkat – PM

Akan perhalusi inisiatif supaya sempadan kedua-dua negara dibuka

JAKARTA,5 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Bali-Kuala Lumpur.

“Jika dipercepatkan urusan untuk butirannya, pernyataan bersama akan dibuat untuk mengumumkan pembukaan sempadan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya dalam sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Istana Bogor sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau yang bermula pada Selasa.

Mengenai pekerja migran warganegara Indonesia di Malaysia, beliau memberi jaminan untuk terus memelihara kebajikan dan perlindungan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Ismail Sabri berkata Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) telah diluluskan pindaannya tahun lepas, yang menjamin keselesaan penginapan pekerja, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga untuk rakyat asing termasuk dari Indonesia. – Bernama

 

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button