Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Qatar sumbang AS$25 juta untuk pelarian Palestin di Syria

PBB uruskan beberapa sektor utama termasuk pendidikan, kesihatan

DOHA, 5 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Qatar bersetuju menyalurkan dana sebanyak AS$25 juta kepada Palestin menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Dana diserahkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Althani ketika mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzrini yang mengunjungi Doha.

Menerusi pertemuan berkenaan, mereka meneliti beberapa program membabitkan kerjasama antara PBB dan Qatar.

Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) turut menyaksikan pemeteraian dua perjanjian dengan UNRWA.

Qatar menyediakan sokongan kewangan dengan nilai keseluruhan AS$25 juta, termasuk sokongan untuk aktiviti PBB selama dua tahun termasuk tambahan sokongan kepada pelarian Palestin di Syria dalam beberapa semtor.

Dua perjanjian itu ditandatangani Ketua Pengarah QFFD E, Khalida Jassin manakala UNRWA pula ditandatangani Philppe.

Menerusi perjanjian pertama, Qatar memperuntukkan dana sebanyak AS$18 juta dengan tujuan mengukuhkan peranan agensi itu dalam melindungi hak pelarian Palestin.

PBB juga diberi tanggungjawab bagi memastikan agensi itu terus menyediakan perkhidmatannya dan meningkatkan peranannya dalam memperbaiki keadaan rakyat Palestin.

Sementara perjanjian kedua termasuk menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelarian Palestin di Syria dalam sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan ekonomi, dengan jumlah AS$7 juta, yang memberi manfaat kepada 355,980 penerima bantuan pelarian Palestin.

Dalam sektor pemerkasaan ekonomi pula, sebanyak AS$ 4 juta diperuntukkan termasuk bantuan tunai kecemasan untuk pelarian Palestin yang terjejas akibat konflik di Syria, yang dimanfaat kepada kira-kira 52,000 penerima.

Di samping itu, dalam usaha meningkatkan latihan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional, dana disediakan sebanyak AS$1.5 juta.

Malah, sektor pendidikan tidak ketinggalan kepada pelajar pelarian Palestin di Syria dengan nilai sebanyak AS $1 juta untuk tempoh setahun disediakan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button