Berita UtamaDunia

4 kanak-kanak cedera periuk api meletup di Afghanistan

Seorang daripada mangsa alami kecederaan serius

FIROZ KOAH, 6 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Empat kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan periuk api di barat wilayah Ghor, Afghanistan, lapor Xinhua.

Kejadian itu berlaku pada petang Rabu ketika kanak-kanak berkenaan sedang membawa biri-biri mereka meragut rumput di kampung Tasarqi di pinggir wilayah Firoz Koah, kata pengerusi direktorat kesihatan wilayah Abdul Satar.

Semua mangsa dibawa ke hospital dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius, katanya pada Khamis.

Hampir setiap bulan kejadian letupan bom buatan sendiri dan periuk api tinggalan perang dilaporkan berlaku yang telah meragut banyak nyawa serta kecederaan sehingga menyebabkan kecacatan, menurut Kementerian Pengurusan Bencana Afghanistan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button