Berita UtamaDunia

NGO peneroka haram bina struktur logam hadap Masjid al-Aqsa

Bahaya semakin meningkat sasar masjid ketiga suci orang Islam

BAITULMAQDIS, 6 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Pertubuhan peneroka haram Yahudi Israel, Elad membina struktur logam yang menghadap Masjid al-Aqsa semalam, lapor akhbar Al-Resalah.

Sumber tempatan berkata, struktur baru itu sangat dekat dengan tembok selatan Kota Lama di kawasan yang dirampas oleh Elad 15 tahun lalu dan dirujuk oleh pertubuhan peneroka sebagai City of David.

Katanya, struktur itu bersebelahan tanah milik keluarga Palestin Somreen, yang terletak di kejiranan Silwan di Wadi al-Hilwa.

Elad, kata Al-Resalah, diasaskan pada 1986 dan telah digunakan sebagai badan bukan kerajaan bagi projek penempatan pendudukan haram Israel.

Menurut laman berita, seorang rabi haram Israel menyiarkan iklan beberapa hari lalu menunjukkan gambar Dome of the Rock dan meminta pengambilan seorang jurutera yang pakar dalam memusnahkan bangunan.

Jumaat lepas, pendakwah Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri memberi amaran mengenai bahaya yang semakin meningkat menyasarkan Masjid al-Aqsa dan kemudahannya.

Bulan lalu, peneroka Yahudi Israel direkodkan menyerbu Masjid al-Aqsa sebanyak 22 kali. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button