Berita Utama

Takiyuddin dijangkiti COVID-19

Wan Junaidi wakili Menteri Tenaga dan Sumber Asli di Parlimen

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah dijangkiti COVID-19.

Berita itu mengejutkan Ahli Parlimen kerana beliau dijadual menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Che Alias Hamid (PN-Kemaman) pada waktu pertanyaan menteri.

“Saya mewakili menteri kerana beliau dijangkiti COVID-19.

“Saya dimaklumkan bahawa saya akan mengambil alih tugas penting ini pagi ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum menjawab soalan yang dibangkitkan Che Alias di Dewan Rakyat, hari ini.

Che Alias ingin mengetahui berkenaan nasib harimau Malaya dan usaha pemuliharaan untuk melindungi lambang ikon negara itu.

Takiyuddin, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Baru pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Parlimen dan undang-undang di bawah pentadbiran terdahulu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button