Berita Utama

Murid sekolah digilis van ketika melintas jalan

Kejadian dirakam melalui kamera litar tertutup

BANGI, 7 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Tular di media sosial hari ini video seorang kanak-kanak perempuan digilis sebuah van ketika sedang melintas jalan.

Dalam video yang dirakam melalui kamera litar tertutup itu memaparkan, mangsa lengkap berpakaian seragam sekolah dan memakai beg berwarna merah jambu melintas jalan sebelum dilanggar sebuah van berwarna putih.

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu juga memperlihatkan van berkenaan kemudian berhenti sebelum datang seorang wanita berbaju hitam cuba membantu mangsa.

Kedengaran wanita terbabit menjerit meminta bantuan sebelum lokasi kejadian didatangi seorang lagi wanita dan beberapa orang murid.

Setakat ini, Ismaweb.net tidak dapat mengesahkan bila dan di mana kejadian berlaku.

Sementara itu, insiden ini turut mendapat pelbagai reaksi balas dalam kalangan netizen yang nyata kecewa dan sedih dengan apa yang sudah berlaku.

“Driver harus dipertanggungjawabkan 100%. Mungkin tak da niat tapi kelalaiannya bawa padah pada anak orang,” kata Muhammad Syafiq Musa.

“Cermin tu gelap sangat tu mana boleh nampak org kat luar,” kata Jerry Jerry.

“Takkan ku biarkan anakku naik van lagi..dah tengok dari jauh..macam tu je jaga anak kita,” keluh Mak Teh Yam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button