Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

3 terbunuh, 15 cedera dalam letupan di masjid Afghanistan

Serangan berlaku ketika solat Jumaat di daerah Spin Ghar

KABUL, 7 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 15 lagi cedera akibat letupan di sebuah masjid di wilayah Nangarhar, Afghanistan yang bergolak, hari ini, kata seorang pegawai hospital kepada AFP.

Letupan berlaku di daerah Spin Ghar di wilayah timur, tempat di mana terletaknya ‘sarang’ aktiviti Daesh sejak Taliban merampas kuasa di negara itu pada Ogos.

“Saya boleh mengesahkan letupan semasa solat Jumaat di dalam masjid di daerah Spin Ghar. Terdapat kematian dan kecederaan,” kata seorang pegawai Taliban kepada AFP.

“Setakat ini tiga terbunuh, 15 cedera,” kata seorang doktor di hospital tempatan kepada AFP.

Daesh cawangan Afghanistan, yang pertama kali muncul di Nangarhar pada 2015, telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan berdarah di negara ini sejak Taliban kembali berkuasa.

Salah satu yang terbaru, pada awal November, menyaksikan pengganas Daesh menyerbu Hospital Tentera Kebangsaan Kabul, membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan lebih 50 orang.

Lebih 120 orang terbunuh dalam serangan Daesh awal tahun ini di dua masjid yang popular dengan komuniti etnik minoriti Hazara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button