Berita Utama

Penyelesaian dua negara Palestin-Israel satu penipuan, Yahudi suka mungkir janji

Umat Islam perlu penyelesaian mutlak, bebaskan Palestin secara total, keluarkan Yahudi dari Palestin

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Salah satu sifat utama Yahudi yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran adalah sering mencabuli perjanjian sekali gus ia memberi ‘petunjuk’ kepada hakikat sebenar konsep Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution antara Israel dan Palestin.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, konsep itu sama sekali tidak boleh dipercayai kerana sifat Yahudi itu sendiri yang sering memungkiri perjanjian. 

“Pernah berlaku dahulu Deklarasi Balfour 1917, Perjanjian Oslo 1993 dan pelbagai lagi perjanjian yang dilanggar Yahudi.

“Memang dalam al-Quran Allah SWT telah nyatakan secara terperinci bahawa salah satu sikap Yahudi adalah mencabuli perjanjian. 

“Jadi kita sebagai orang Islam, sepatutnya kita ambil pengajaran di situ, kita jangan percaya dengan janji orang Yahudi termasuklah dengan Penyelesaian Dua Negara yang dibincangkan hari ini. Depan mata kita, kita ditipu,” katanya dalam program Bicara Palestin yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Berikutan itu, rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia mesti bangkit kepada penyelesaian yang tepat iaitu membebaskan Palestin secara mutlak dan mengeluarkan Yahudi dari bumi Palestin.

“Balik ke negara asal dia yang duduk di Eropah dan lain mereka duduk di bumi Palestin, mereka bunuh orang Palestin.

“Mereka tidak dialu-alukan di Palestin. Mereka yang sebelum ini datang ke Palestin, mereka bunuh pula orang Palestin, mereka halau hampir satu juta orang pada tahun 1948. Hari-hari sehingga kini masih berlaku pembunuhan yang sudah berlanjutan puluhan tahun. 

“Apa lagi penyelesaian umat Islam di Palestin selain berusaha membebaskan Palestin secara total daripada sebarang unsur-unsur Yahudi dan sebarang penguasaan Yahudi. 

“Israel itu kita kena anggap negara haram. Kita tak perlu memberi satu inci pun kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas nada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang dilihat lebih ‘mesra’ Islam berbanding penyandang terdahulu Donald Trump, Ustaz Fauzi menegaskan bahawa meskipun terlihat berbeza, perjuangan kedua-duanya tetap sama.

Tegasnya, AS adalah sekutu rapat Israel, bahkan menjadi negara pertama mengiktiraf penubuhan negara haram itu pada tahun 1948.

“Jika dilihat kembali sejarah ‘penubuhan’ Israel, apabila dia isytihar penubuhannya, 11 minit selepas itu, negara yang iktiraf Israel adalah Amerika. Amerika sentiasa menyokong apa yang dilakukan oleh Israel. 

“Walaupun Biden cuba ambil hati umat Islam, tetapi dalam pentadbirannya banyak perkara yang konsisten kepada Yahudi, penuh dengan lobi-lobi Yahudi. Bahkan setiausaha, pegawai semua penuh dengan orang Yahudi,” katanya.

Manakala dalam konflik Israel-Palestin juga, kata Ustaz Fauzi, Biden sentiasa menyeru kepada Penyelesaian Dua Negara. 

Malah, katanya, dalam apa jua perang juga AS akan menyeru gencatan senjata oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). 

“Gesa Hamas berhenti seolah menunjukkan Hamas yang menyerang. Di sini dapat kita lihat Amerika akan sentiasa bersama dengan kepentingan Israel. Walaupun dia kata nak bagi dana, kita kena letak dalam kepala mereka ini memang penipu,” katanya.

Jelas sekali, tindak tanduk konsisten AS ini menunjukkan mereka sentiasa menyebelahi Israel, kata Ustaz Fauzi lagi.

“Mereka memang penipu besar. Tak usah dipercayakan. Amerika adalah tulang belakang kepada Israel, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Hubungannya dalam mempertahankan Israel adalah ibarat hubungan darah daging,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, selain al-Quran, umat Islam ada panduan daripada peristiwa yang berlaku untuk melihat sikap sebenar Yahudi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button