Berita UtamaDunia

Rakyat Jordan protes kenaikan bahan api, laksana perundangan pertahanan

Pasukan keselamatan dikerah halang lebih ramai sertai tunjuk perasaan

AMMAN, 8 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Ratusan rakyat Jordan bersatu membantah kenaikan harga bahan api dan pelaksanaan undang-undang pertahanan kontroversi di negara itu.

Penunjuk perasaan berkumpul di Masjid Besar Husseini di ibu kota Amman dan berarak ke Dataran Nakheel selepas menunaikan solat Jumaat.

Pasukan keselamatan dikerahkan ke sekitar masjid dan Dataran Nakheel untuk menghalang lebih ramai lagi menyertai tunjuk perasaan itu.

Baru-baru ini, beberapa parti politik menggesa protes untuk menolak undang-undang pertahanan dan kenaikan harga bahan api serta komoditi harian.

Pada tahun 2019, Jordan meluluskan undang-undang melalui dekri diraja atas permintaan Kabinet untuk menghadapi coronavirus.

Perkara 124 Perlembagaan Jordan menyatakan: “Sekiranya berlaku darurat yang memerlukan pertahanan kerajaan, undang-undang yang akan dikenali sebagai Undang-undang Pertahanan, akan digubal, yang memberikan kuasa kepada individu yang dinyatakan di dalamnya untuk mengambil tindakan dan langkah sedemikian, yang mungkin perlu, termasuk penggantungan operasi undang-undang biasa negara, dengan tujuan memastikan pertahanan kerajaan.”

Undang-undang darurat itu memberi kuasa yang luas, tidak terhad dan tak bertulis kepada Perdana Menteri. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button