Berita Utama

Reset semula UMNO tanpa ‘warlord’ bendung kesombongan

Kes-kes mahkamah ingat rakyat buta? Lihat kemudahan diberi pesalah VIP

BANGI, 8 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Tidak dapat disangkal, antara sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berpunca daripada tindakan dua ADUN UMNO menarik sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ketua Penerangan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hazwan Mohamad berkata, PRN Melaka merupakan salah satu contoh pengkhianatan UMNO kepada rakyat Melaka.

“Itu belum kira enam dekad lamanya mereka mengkhianati maruah agama dan bangsanya yang memberi undi pada mereka.

“Sebenarnya, kita semua kena pastikan UMNO lumpuh atau ‘reset’ semula tanpa ‘warlord-warlord’. Jika tidak, selagi itulah kesombongan dan keangkuhan UMNO tidak terbendung,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, Hazwan menyifatkan tindakan memberi semula mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk kembali ke puncak kuasa adalah satu kesilapan.

“Hari ini dengan sedikit kuasa yang mereka ada, sudah mula tunjuk taringnya.

“Kes-kes mahkamah ingat rakyat buta melihat? Kemudahan-kemudahan diberi kepada pesalah atas alasan VIP. Gila,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button