Berita UtamaDunia

Afghanistan rancang import elektrik dengan Iran

Gagal langsaikan hutang elektrik AS$90 juta dengan negara jiran

KABUL, 9 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Afghanistan merancang mengimport tenaga elektrik daripada Iran dan berharap tindakan berkenaan mampu menangani krisis yang semakin kritikal.

Syarikat Da Afghanistan Breshna Sherkat (DABS) menerusi kenyataan mengumumkan perjanjian akan membeli bekalan 100 megawat daripada Iran, lapor rangkaian TOLO News.

Bekalan yang diimport dari Iran itu akan disalurkan kepada penduduk di wilayah barat Afghanistan yang berdepan kesukaran selepas terputus bekalan elektrik sejak kebekalangan ini.

Rangkaian tenaga elektrik di negara itu berada dalam keadaan tidak menentu sejak Taliban mengambil alihan pentadbiran Ogos lalu.

Keadaan itu menyebabkan Afghanistan terpaksa mengimport bekalan elektrik dari negara-negara jiran seperti Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan yang menyumbang 80 peratus daripada sumber tenaga elektrik.

Bulan lalu, The Wall Journal melaporkan bekalan elektrik ke Kabul mungkin akan mengalami gangguan pada musim sejuk berikutan Taliban tidak membayar bil kepada negara pembekal dan tidak mengutip bayaran daripada pengguna.

Malah Bekas Ketua Pegawai Eksekutif DABS berkata, syarikat berkenaan mempunyai hutang sebanyak AS$90 juta (RM374 juta) dengan ketiga-tiga negara.

Situasi itu menyebabkan negara berkenaan bersepakat menghentikan bekalan berikutan Afghanistan tidak mampu membayar tunggakan hutang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button