Berita UtamaDunia

Lima pemuda ‘selesa’ jadi penjaga kubur, upah RM290 sehari

Jaga kawasan kubur tiga hari tiga malam sambil baca al-Quran

KALIMANTAN SELATAN, 9 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Dengan tawaran upah yang tinggi, lima pemuda dari bandar Tabolong ‘tidak kisah’ menjadi penjaga kubur apabila dibayar sebanyak sejuta rupiah (RM290) sehari.

M.Ramlan, M.Arsyad Maulana, Rama Ikhwan, Suriyani dan Haris mengakui tidak kisah dengan kerjaya yang dipilih kerana tawaran yang diterima sangat lumayan.

M. Arsyad Maulana sudah bekerja sebagai penjaga kubur selama tiga tahun atas permintaan keluarga jenazah sendiri mengakui sudah sebati kerjaya yang dilaksanakan.

Malah dia mengaku lebih 50 kubur dijaga sejak menjadi penjaga kubur dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, dia menjaga kubur tersebut atas permintaan daripada keluarga jenazah.

“Kebiasaannya, kami akan menjaga kawasan kubur selama tiga hari tiga malam dengan membaca al-Quran.

“Upah yang diterima juga tidak termasuk kos makan,” katanya seperti dilapor Tribunnews.

Mereka juga akan mendirikan khemah dan tidur di sebelah kubur jenazah yang baru sahaja meninggal dunia.

Kesemua mereka akan bergilir-gilir menunggu di sebelah kubur jenazah yang baharu meninggal sambil mengalunkan ayat-ayat suci.

Perkongsian kerjaya mereka dimuat naik aplikasi Tiktok sehingga menjadi tular dan disaksikan lebih 20 juta pengguna. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button