Berita Utama

Banjir di Kedah pulih sepenuhnya

PPS terakhir ditutup selepas semua mangsa dibenar pulang ke rumah

ALOR SETAR, 9 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kedah yang menempatkan 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditutup sepenuhnya pada jam 4 petang tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, PPS Dewan Cenderawasih dekat Pendang itu ditutup selepas dibuka pada 2 November lepas.

“PPS ini ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut. Ini menjadikan kesemua PPS ditutup di Kedah sejak ia diaktifkan secara berperingkat bermula hujung Oktober lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, keadaan cuaca hujan setiap hari dalam tempoh hampir sebulan lepas menyebabkan penduduk dari beberapa kawasan di daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik terjejas dengan banjir yang melibatkan hampir 900 orang dipindahkan ke PPS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button