Dunia

COVID-19: Penduduk Beijing panik khabar angin perintah berkurung

47 kes dikesan pada Khamis dengan 11 daripadanya tak bergejala

BEIJING, 12 Syawal 1443H, Jumaat – Penduduk Beijing berpusu-pusu ke pasar raya bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan, selepas ada khabar angin yang mendakwa bahawa ibu negara itu akan diletakkan di bawah perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.

Bandar itu dalam usaha menghapuskan gelombang kes sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan menutup stesen kereta api bawah tanah dan mengarahkan penduduk untuk bekerja dari rumah.

Pada Khamis, terdapat khabar angin dalam talian bahawa pihak berkuasa akan mengenakan penutupan yang ketat, sekali gus mendorong pembelian panik dalam kalangan penduduk.

Penduduk Beijing bimbang mereka akan berdepan tindakan ‘kejam’ seperti 25 juta penduduk di Shanghai yang diarahkan berkurung di rumah selama berminggu – sedangkan pada awalnya hanya mengatakan penutupan untuk beberapa hari sahaja.

Bagaimanapun, tiada sebarang penutupan diumumkan semalam, namun pihak berkuasa mengesahkan akan memulakan tiga pusingan ujian saringan besar-besaran untuk penduduk di 12 daerah utama dan menyarankan orang ramai kekal di rumah serta mengurangkan pergerakan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan 47 kes COVID-19 di Beijing pada Khamis, termasuk 11 daripadanya dikesan tidak bergejala.

Difahamkan, Beijing mempunyai lebih daripada 650 kawasan yang berada di bawah sekatan COVID-19 termasuk yang mempunyai perintah tinggal di rumah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button