Berita UtamaDunia

Emir Kuwait terima peletakan jawatan kerajaan

Arah setiap menteri teruskan jawatan hingga Kabinet baru dibentuk

DUBAI, 9 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Emir Kuwait, Sheikh Nawaf al-Ahmed al-Sabah menerima peletakan jawatan kerajaan, lapor KUNA.

Agensi berita negara itu mengesahkan, Emir mengarahkan kerajaan bertindak sebagai kerajaan sementara sehingga Kabinet baru dibentuk.

“Perletakan jawatan perdana menteri dan menteri-menteri diterima dan mereka akan meneruskan jawatannya sehingga pembentukan kerajaan baru Kuwait,” katanya.

Pada 8 November lalu, kerajaan Kuwait menyerahkan peletakan jawatan kepada Emir.

Peletakan jawatan ini dilakukan ketika beberapa Ahli Parlimen pembangkang cuba menyoal perdana menteri dan menteri lain mengenai pelbagai isu, termasuk rasuah dan pengendalian pandemik COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button