Berita UtamaDunia

India pertimbang perintah berkurung, jerebu makin teruk

Kerajaan arahkan sekah ditutup, penjawat awam bekerja dari rumah

NEW DELHI, 9 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mengumumkan langkah kecemasan berikutan keadaan jerebu semakin membimbangkan.

Langkah berkenaan dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar di mana kerajaan akan membentangkan cadangan perintah berkurung.

“Perintah berkurung akibat pencemaran tidak pernah berlaku sebelum ini, sekiranya dilaksanakan ia langkah yang ekstrem,” katanya.

Tegas beliau, sekolah dan kolej akan ditutup selama seminggu bagi mengelakkan kanak-kanak menghidu udara yang tercemar.

Begitu juga kerja-kerja pembinaan juga akan dihentikan selama empat hari sehingga 17 November bagi mengurangkan kesan jerebu di kawasan terbuka.

Beliau pada masa sama mengarahkan semua pejabat kerajaan bekerja dari rumah, manakala pihak swasta dinasihatkan langkah yang sama.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mencadangkan supaya perintah berkurung dilaksanakan bagi menangani masalah krisis kualiti udara.

Tahap pencemaran udara di Delhi meningkat berikutan pembakaran besar-besaran di negeri jiran dan menyeru semua pihak berkepentingan bekerjasama untuk memeranginya.

Katanya, situasi berkenaan bukan masa sesuai untuk menuding jari mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya kerajaan hanya mahu memastikan rakyat berada dalam keadaan sempurna. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button