Berita UtamaIstimewa

Perayaan Hari Agama Sedunia rosakkan akidah

Bercanggah dengan Islam, ada unsur iktiraf kebenaran agama lain

BANGI, 13 Jamadilakhir 1443H, Ahad – “Perayaan agama sedunia merosakkan akidah Islam.”

Demikian tegas Pengarah Sekretariat Majlis Ulama Isma (MUIS), Ustaz Syamil Esa dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, istilah perayaan hari agama sedunia bercanggah dengan Islam kerana ia mempunyai unsur pengiktirafan kepada kebenaran agama lain.

“Menyambutnya boleh merosakkan akidah kerana ia membawa kelaziman bahawa ia reda terhadap agama-agama lain hingga perlu dijadikan sambutan dan perayaan.

“Kebebasan beragama yang dijamin Islam tidak membawa kepada pencairan ajaran Islam itu sendiri yang hanya mengiktiraf bahawa satu-satunya agama yang benar adalah Islam,” katanya.

Beliau berkata, keharmonian negara tidak tercapai dengan penggabungan perkara fundamental agama, tetapi dengan mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

Terdahulu, tular satu poster Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia dengan memetik ayat 13 surah al-Hujurat.

Tindakan itu mendapat bantahan pelbagai termasuk Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Beliau menegaskan, sambutan Hari Agama Sedunia adalah inisiatif dan cadangan agama Bahai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button