Berita Utama

Sindiket nikah ‘Lebai Loh’ caj bayaran hingga RM3,000 tumpas

Pasangan guna khidmat sindiket diminta tampil buat pengesahan

KOTA BHARU, 9 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Sindiket nikah tidak bertauliah berjaya ditumpaskan dengan penahanan bekas imam dikenali sebagai Lebai Loh oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Pengarahnya, Datuk Che Mohd Rahim Che Jusoh berkata, penahanan lelaki berusia 71 tahun itu dibuat di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai dan beberapa dokumen berkaitan perkahwinan termasuk borang nikah dari Thailand berjaya dirampas.

β€œKita dapati kegiatan nikah sindiket oleh Lebai Loh ini sudah bergiat sejak sekian lama dan tidak menolak kemungkinan sudah ramai pasangan yang mendapatkan perkhidmatan bekas imam itu.

“Selain penduduk Kelantan, ada juga penduduk di luar Kelantan yang mendapatkan khidmat jurunikah sindiket terbabit,” katanya.

Kebanyakan sindiket nikah ini mengenakan bayaran sekitar RM2,000 hingga RM3,000 berbanding kos sebenar mengikut undang-undang hanya RM125.

Katanya, kebanyakan sindiket terbabit mempunyai rangkaian dengan Thailand.

Pada masa sama, pasangan yang menggunakan khidmat sindiket berkenaan juga diminta tampil di pejabat agama bagi membuat pengesahan perkahwinan.

Sebelum ini JAHEAIK, berjaya tumpaskan sindiket nikah dikenali ‘Imam Wahab’ di Rantau Panjang, ‘Imam Che Mud’ di Machang; ‘bekas Imam Muda di Ketereh sebelum tangkapan terbaru membabitkan ‘Lebai Loh’.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button