Berita Utama

Bala’ menanti, lelaki beli rumah idaman hasil wang ‘sesat’ ke akaun

Buntu selepas pemilik asal tuntut semula wang

LONDON, 10 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Disangka menerima durian runtuh, sebaliknya ‘bala’ menunggu di hadapan!

Seorang lelaki terkedu apabila melihat akaun bank peribadinya menerima pindahan wang sebanyak 110,000 pound (RM614,620) daripada individu tidak dikenali.

Russell Alexander dari Nolfork yang teruja menerima wang ‘sesat’ itu tidak berfikir panjang dan terus membeli sebuah kediaman idaman selepas menghubungi pihak bank dan bertanya mengenai hal tersebut.

Namun disebabkan tiada jawapan daripada pihak bank, dia nekad menggunakan wang berkenaan untuk membeli rumah bernilai 237,500 pound (RM1.3 juta).

Bagaimanapun keterujaan berpindah ke kediaman baharu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia dihubungi seorang individu.

Dia diminta mengembalikan semula kesemua wang berkenaan kerana mendakwa tersalah memasukkan wang ke dalam akaunnya.

Terkejut dengan berita yang diterima, Alexender bergegas menghubungi bank untuk mencari kepastian sebelum bank berkenaan mengesahkan perkara tersebut.

Kini lelaki berusia 54 tahun itu buntu memikirkan cara mahu mengembalikan semula wang berkenaan kepada pemilik asal.

Ini kerana dia telah menggunakan sebahagian wang itu untuk membeli kediamannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button