Berita Utama

PRN Melaka: Polis tubuh pasukan khas pantau media sosial

Semua pihak perlu hati-hati guna media sosial ketika berkempen

MELAKA, 10 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Polis Melaka menggerakkan pasukan khas bagi memantau platform media sosial selama 24 jam sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali mengingatkan pihak berkepentingan seperti parti politik dan calon supaya berhati-hati menggunakan media sosial ketika berkempen bagi menyuburkan proses demokrasi.

“Pasukan ini membabitkan tiga kumpulan secara bergilir memantau hantaran untuk kita pastikan mereka menggunakannya dengan cara sihat dan bukan untuk menghina, mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menghina mana-mana pihak.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk suburkan demokrasi dan bukannya menghasut antara satu sama lain,” katanya.

Abdul Majid berkata, apabila sesuatu kesalahan dikesan polis akan membuat laporan supaya siasatan adil dapat dijalankan seterusnya menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menasihatkan parti dan calon supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini memastikan proses pilihan raya secara norma baharu di negeri ini yang terbaik untuk digunakan pada pilihan raya akan datang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button