Berita UtamaDunia

Syor lebih banyak produk pertanian dihantar ke Afghanistan

Ringankan beban rakyat yang bakal berdepan musim sejuk

BEIJING, 10 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Diplomat Afghanistan di Bejing menggesa China menghantar lebih banyak produk pertanian ke Afghanistan dalam usaha meredakan krisis kemanusian di negara itu.

Duta Javid Qaem berkata, banyak peraturan fleksibel dari pihak China bagi membantu menghantar bantuan termasuk produk pertanian.

Beliau turut menggesa China memperluaskan penghantaran barangan melalui udara yang kembali beroperasi minggu lalu.

“Ini apa yang kami harapkan daripada China kerana negara itu memiliki pasaran perdagangan yang sangat baik,” katanya.

Cadangan berkenaan dibuat ketika Afghanistan kini bersedia memasuki musim sejuk tidak lama lagi.

China sebelum ini berjanji memberikan 200 juta yuan kira-kira (AS$30 juta) bagi membantu Aghanistan, termasuk bekalan makanan dan vaksin COVID-19.

Namun jumlah yang akan diberikan itu mungkin tidak mencukupi seperti yang dirancangkan program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan kira-kira 23 juta penduduk negara itu yang terjejas musim sejuk.

“Kami sangat memerlukan bantuan yang akan digunakan rakyat Aghanistan tidak lama lagi.

“Kami juga rayu masyarakat dunia supaya tidak sekadar pandai menabur janji semata-mata tanpa menghulurkan bantuan kepada Afghanistan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button