Berita UtamaDunia

Rejim Zionis halang rakyat Palestin tak divaksin masuk Al-Aqsa

Pengganas Israel sengaja kurangkan jumlah jemaah di pekarangan masjid

BAITULMAQDIS, 6 Ramadan 1442H, Ahad – Pihak berkuasa pendudukan rejim pegganas Israel menghalang ribuan jemaah Palestin yang datang dari Tebing Barat daripada memasuki Masjid Al-Aqsa pada hari Jumaat pertama di bulan suci Ramadan, lapor Arab48.

Menurut laman web agensi berita itu, pihak berkuasa negara haram Israel menetapkan syarat supaya para jemaah dari wilayah jajahan perlu divaksin untuk akses ke tapak suci umat Islam.

Walhal, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dijajah tidak memiliki jumlah vaksin yang mencukupi, dan oleh itu ribuan orang kehilangan peluang solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa.

Anadolu Agency melaporkan, pusat pemeriksaan tentera Israel antara penduduk Tebing Barat dan Israel mengalami kesesakan teruk.

Pihaknya menyatakan bahawa perselisihan berlaku antara rakyat Palestin dan pasukan penjajah Israel di Qalandia Checkpoint.

“Kami dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa dengan alasan tidak diberi vaksin,” kata salah seorang penduduk, Samia Abdul-Aziz kepada Anadolu Agency.  

Namun, Samia berpendapat bahawa mereka (rejim Zionis) melakukan tindakan sebegitu untuk mengurangkan jumlah jemaah muslim di pekarangan masjid.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button