Berita Utama

Pemimpin UMNO dakwa manifesto PH tak boleh dipercayai

Janji 100 hari PH satu pun tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah

BANGI, 10 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai retorik semata-mata dan tidak boleh dipercayai.

Malah, PH juga memiliki track record ‘janji 100 hari’ yang gagal dengan satu pun tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sepanjang 22 bulan berkuasa PH langsung tidak memainkan peranan sebaliknya hanya mendiamkan diri sahaja.

“Tidak perlu diulas panjang manifesto PH. Cukup mengambil satu contoh iaitu janji untuk menggubal Enakmen Anti Lompat Parti bagi menjamin kestabilan negeri Melaka.

“Masa berkuasa penuh 22 bulan pun PH tidak buat apa apa pasal lompat parti, inikan pula bila mentadbir kerajaan negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bidas beliau lagi, hipokritnya PH ialah apabila menerima calon katak dari UMNO bertanding atas tiket PKR dan PAN, sementara DAP pula hangat-hangat tahi ayam kerana mulanya bantah tapi kini kuat kempen bantu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.

“PH menggariskan 32 inisiatif dengan tiga teras termasuk Melaka stabil. Stabil apa?

“PH dan PN sama sahaja. Mereka datang dari lubuk yang sama,” dakwanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button