Berita UtamaDunia

Mesir dikecam abai rawatan tahanan hingga akibatkan kematian

Pihak berkuasa didakwa tak tangani darurat COVID-19 dengan cara sepatutnya

KAHERAH, 24 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Organisasi Arab untuk Hak Asasi Manusia di UK (AOHR UK), hari ini mengecam rejim Presiden Abdel Fattah Al-Sisi atas penolakan terhadap rawatan perubatan yang sewajarnya untuk tahanan di penjara.

Dalam satu kenyataan, AOHR UK berkata, kes tiga tahanan yang mati dalam jarak 24 jam antara satu sama lain adalah disebabkan oleh kekurangan rawatan perubatan yang mencukupi ketika berada di penjara.

“Pihak berkuasa, mengetahui keadaan kritikal tahanan mereka, namun tidak berusaha memperbaiki keadaan itu dengan cara apa pun sebelum kematian mereka,” kata kenyataan itu.

Tegasnya, pihak berkuasa di Mesir, tidak menangani keadaan darurat COVID-19 dengan cara yang sepatutnya, dan mereka juga tidak mengikuti langkah-langkah pencegahan yang disarankan secara global yang diperlukan untuk mengelakkan peningkatan jumlah kes di dalam fasiliti penahanan.

“Tahanan sudah mengalami kesesakan, makanan yang teruk, dan penyediaan penjagaan kesihatan yang buruk.

“Sementara pihak berkuasa terus memenjarakan lawan politik, tanpa perbicaraan, kerana kononnya menggunakan hak mereka yang sah,” jelasnya.

Kumpulan hak asasi meminta masyarakat antarabangsa untuk menekan rejim Mesir yang sewenang-wenangnya menahan orang ramai terutama wanita, orang tua dan orang sakit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button