Berita UtamaDunia

Serangan udara Arab Saudi di Yaman bunuh 10 orang awam

Riyadh langgar Perjanjian Stockholm 2018, bunuh dan cederakan ribuan rakyat Yaman

SANA’A, 10 Rabiulakhir 1443H, Isnin – Pesawat perang Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas wilayah pantai barat Yaman, Hudaydah, membunuh 10 orang awam – satu lagi pelanggaran Perjanjian Stockholm 2018 antara pihak yang berperang di Yaman.

Serangan udara itu melanda kawasan di timur Hays City di Hudaydah semalaman pada Ahad.

Media Yaman yang memetik sumber tempatan berkata, serangan udara itu turut mencederakan tujuh yang lain.

Serangan udara itu nampaknya bertujuan untuk menyokong militan di tengah-tengah laporan pertempuran sengit antara tentera Yaman dan pejuang bersekutu daripada jawatankuasa popular, dan militan yang disokong Arab Saudi di Daerah Hays.

Serangan itu melanggar Perjanjian Stockholm yang dipersetujui pada Disember 2018 susulan rundingan damai antara wakil dari pergerakan popular Ansarullah Yaman dan tentera upahan disokong Riyadh yang setia kepada bekas Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur.

Dokumen itu menetapkan tiga aku janji, termasuk gencatan senjata di sepanjang barisan Hudaydah dan penempatan semula angkatan tentera keluar dari bandar dan pelabuhannya; perjanjian pertukaran banduan dan penyataan persefahaman mengenai bandar Ta’izz di selatan Yaman.

Pergerakan popular Ansarullah berkata, mereka menjangkakan Perjanjian Stockholm akan membawa kepada keamanan, tetapi sebaliknya, Arab Saudi terus melanggar perjanjian yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan membunuh dan mencederakan ribuan rakyat Yaman sejak itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button