Berita UtamaDunia

Israel intip setiap perbualan telefon di Tebing Barat, Gaza

Ambil kesempatan terhadap individu ada kelemahan, paksa untuk bekerjasama

TEL AVIV, 11 Rabiulakhir 1443H, Selasa – Israel boleh mendengar setiap perbualan telefon yang berlaku di Tebing Barat dan Gaza, kata bekas anggota unit perisikan isyarat elit Tentera Israel 8200 kepada Middle East Eye.

Setiap telefon bimbit atau telefon yang diimport ke Gaza melalui persimpangan Kerem Shalom – di selatan Gaza – dipasang dengan peranti pepijat Israel, dan sesiapa yang menggunakan hanya dua rangkaian mudah alih di wilayah yang diduduki – Jawwal dan Wataniya – sedang dipantau juga, katanya.

“Kadang-kadang ini adalah perbualan peribadi, mungkin juga perbualan intim… Askar menyimpan perbualan dan menghantarnya kepada rakan mereka.

“Pada bila-bila masa, ratusan askar sedang mendengar perbualan yang sedang berlaku,” katanya.

Bekas anggota perisikan itu berkata, pemantauan audio terbahagi kepada dua kumpulan. 

“Yang pertama ialah rakyat Palestin yang aktif secara politik atau yang mewakili ancaman keselamatan pada pandangan Israel. 

“Tahap kedua pemantauan digunakan oleh Shin Bet, perkhidmatan keselamatan domestik untuk mencari ‘titik tekanan’ dalam masyarakat Palestin.

“Mereka mungkin mencari gay yang boleh diugut untuk melaporkan pada saudara mereka, atau mencari lelaki yang curang dengan isterinya. Mencari orang yang berhutang dengan seseorang,” katanya.

Orang sedemikian, katanya, akan dihubungi oleh askar Israel dan ditawarkan wang untuk membayar hutangnya sebagai pertukaran untuk kerjasama.

“Ini adalah keadaan di mana Shin Bet boleh memperoleh kuasa ke atas rakyat Palestin yang akhirnya memaksa mereka untuk bekerjasama atau mendedahkan perkara tentang orang lain, dan itu semua adalah sebahagian daripada sistem kawalan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button