Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Afghanistan, Iran kerjasama perkukuh hubungan

Pelbagai program diatur tingkatkan hubungan dua hala

KABUL, 12 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Afghanistan dan Iran bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama bagi mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang antara dua negara.

Jawatankuasa itu bakal mengukuhkan hubungan dalam beberapa bidang antaranya politik, keselamatan, pelaburan, perdagangan, pelarian, kebudayaan, sains dan juga pendidikan.

Jurucakap kerajaan, Inamullah Samangani berkata, Timbalan Perdana Menteri, Mullah Ghani Baradar telah membuat pertemuan dengan utusan Iran di Afghanistan, Hassan Kazimi dan beberapa delegasi di Istana Presiden, semalam.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri beberapa Menteri dan pegawai kanan.

Mullah ketika pertemuan mengalukan pertemuan tersebut selain mengucapkan terima kasih kerana kesudian Iran menghulurkan bantuan dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua negara bakal mengadakan pertemuan lagi dalam membincangkan beberapa kerjasama yang akan dijalankan, termasuk beberapa projek.

Dalam pertemuan itu, isu dua hala telah dibincangkan, dengan kedua-dua pihak mempunyai pandangan yang sama mengenai projek ekonomi, perdagangan dan pembangunan.

Mereka juga menekankan kesinambungan mesyuarat dua hala. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button