Berita Utama

PRN Melaka masa terbaik rakyat pilih kepimpinan bebas rasuah

Tentang salah guna kuasa dalam urusan pentadbiran

MELAKA, 12 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Rakyat Melaka memerlukan perubahan polisi kepimpinan yang berintegriti selain memberi fokus kepada rakyat.

Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu rakyat Melaka menjadi model kehadapan dalam menerajui perubahan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“PAS memang terkenal antara parti yang sangat rapat dengan permasalahan rakyat, ketika musibah atau rakyat perlukan bantuan.

“PAS bersama dalam Perikatan Nasional (PN) menentang amalan rasuah, salah guna kuasa dalam apa jua urusan pentadbiran,” katanya.

Justeru, PRN Melaka adalah masa terbaik untuk rakyat Melaka melakukan perubahan ke arah kepimpinan yang bebas rasuah, lompat parti serta tindakan yang memenuhi agenda peribadi dan sebagainya.

“PAS bersama PN berhasrat untuk membina negara sejahtera dengan fokus keluarga bahagia dan bebas amalan nagatif dengan membina masyarakat harmoni ke arah generasi gemilang.

“Amalan negatif itu seperti ketagihan judi, arak dan masalah moral yang menjejaskan keharmonian keluarga, perceraian, penderaan dan sebagainya,” kata beliau.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button