Berita UtamaDunia

Rejim haram Zionis terus bunuh penduduk Palestin

Lelaki ditembak mati, peluru tembus jantung dan paru-paru

TEBING BARAT, 12 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Tentera rejim Zionis menembak mati seorang lelaki warga Palestin di utara Lembah Jordan, sebahagian daripada Tebing Barat yang diduduki.

Lelaki berusia 26 tahun itu – dikenali sebagai Saddam Hussein Bani Odeh – ditembak mati selepas konfrontasi tercetus ketika serbuan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, peluru yang dilepaskan oleh seorang askar Israel di pintu masuk ke bandar Tubas menembusi bahu, jantung, dan paru-paru kirinya.

Odeh meninggal dunia akibat kecederaan sebaik tiba di hospital berhampiran.

Agensi berita Palestin Maan melaporkan, insiden itu berlaku berikutan konfrontasi tercetus di kawasan antara tentera Israel dan penduduk Tubas, sejurus selepas tentera menyerbu bandar itu – sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang lebih meluas di kawasan di Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya dua lelaki ditahan ketika serbuan itu, manakala lapan lagi ditahan dari kawasan lain di seluruh wilayah yang diduduki pada Selasa.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa tentera Israel yang menyerbu Tubas adalah tergolong dalam ‘unit khas’.

Kempen serbuan dan tangkapan yang lebih meluas juga berlaku di bandar Jenin dan Nablus, Tebing Barat

Penangkapan itu berlaku beberapa hari selepas Israel mengumumkan akan memajukan rancangan untuk 3,000 lagi rumah peneroka Yahudi di Tebing Barat – walaupun mendapat kritikan antarabangsa terhadap pembinaan haram itu.

Ratusan ribu rakyat Israel membina penempatan di Tebing Barat yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Beberapa pos pendatang juga haram di bawah undang-undang Israel namun kerajaan lambat atau tidak mahu memindahkannya.

Tentera Israel kerap melakukan kempen penangkapan yang meluas di seluruh Tebing Barat dengan alasan mencari warga Palestin yang ‘dikehendaki’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button