Berita UtamaDunia

Tiga maut, 10 cedera silinder gas meletup

Pengkritik tuduh kerajaan gagal sediakan infrastruktur berkualiti

NUR SULTAN, 12 Rabiulakhir 1443H, Rabu – Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 10 lagi cedera dan dikejarkan ke hospital selepas silinder gas meletup di bangunan kediaman di utara Kazakhtan, hari ini.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Kecemasan negara Asia Barat, tiga mayat ditemui di lokasi kejadian.

Bangunan kediaman tiga tingkat itu terletak di Kampung Shortandi, berhampiran ibu negara, Nur-Sultan.

Perkhidmatan Kecemasan memaklumkan, kebakaran berjaya dipadamkan selepas dua jam.

Letupan gas dan kebakaran rumah adalah perkara biasa di Kazakhstan, selain pengkritik menuduh kerajaan di negara bekas Soviet yang kaya dengan hasil minyak itu gagal menyediakan infrastruktur berkualiti.

Tiga tahun lalu, lima remaja perempuan terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di pedalaman Nur-Sultan sehingga mencetuskan huru-hara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button