Berita UtamaDunia

India pertimbang laksana perintah berkurung kerana jerebu

Langkah dibimbangi cetus masalah ekonomi kritikal: Penyelidik

NEW DELHI, 13 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Pihak berkuasa India menutup semua sekolah di bandar raya ini dan mengarahkan operasi kilang arang batu ditangguhkan buat sementara waktu dalam usaha menangani masalah jerebu.

Langkah berkenaan dibuat ketika kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan perintah berkurung yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini berikutan krisis pencemaran udara.

Malah keputusan menangguhkan operasi kilang dilakukan dengan tujuan mengurangkan kesesakan trafik yang dilihat berpotensi membawa kepada krisis pencemaran udara.

Bagaimanapun keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung belum dimuktamadkan lagi berikutan pihak berkuasa masih meneruskan perbincangan sama ada membenarkan syarikat-syarikat meneruskan operasi perkhidmatan mereka.

Pakar berpandangan, langkah perintah berkurung mampu mengawal krisis pencemaran namun menimbulkan masalah lain yang lebih kritikal terutama menjejaskan mata pencarian kepada jutaan penduduk.

β€œIni bukan penyelesaian yang kami cari kerana membawa masalah besar kerana perlu ingat keadaan ekonomi penduduk sangat memberi kesan terutama melibatkan golongan bepndapatan rendah,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Sains dan Alam Sekitar, sebuah organisasi penyelidikan dan advokasi di New Delhi, Anumita Roychowdhury.

Bacaan indeks pencemaran udara di New Delhi menunjukkan ke paras membahayakan sekali gus mendorong jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar mengeluarkan garis panduan dalam usaha membendung keadaan.

Malah penduduk dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus menyelesaikan krisis yang melanda bandar itu sejak bertahun-tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button