Berita UtamaDunia

PBB dakwa ISIS bakal kembali ‘hidup’ di Afghanistan

Banyak serangan dilakukan ISIS sejak Taliban berkuasa

KABUL, 13 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, kumpulan pengganas ISIS kini memenuhi ‘semua wilayah’ di Afghanistan.

Wakil Khas PBB, Deborah Lyons memberitahu majlis keselamatan bahawa Taliban telah bertindak balas dengan menahan dan membunuh anggota kumpulan ISIS-Khorasan (ISIS-K).

Sejak Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan pada 15 Ogos lalu, ISIS meningkatkan serangan di negara ini dengan menyasarkan anggota Taliban dan rakyat dengan melakukan beberapa serangan bom.

Taliban sebelum ini cuba berlembut dengan kumpulan berkenaan dan mendakwa serangan yang dilakukan ISIS bukan perbuatan yang membawa kemudaratan serta mampu dikawal.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan menolak kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) yang mahu membendung ekstremis di Afghanistan.

AS mendakwa kumpulan pengganas berkenaan mampu membentuk semula pergerakan mereka dengan mudah di bawah pentadbiran Taliban, dan menyatakan kebimbangan negara itu menjadi kawasan pengganas dan lokasi serangan di peringkat global.

September lalu, Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Mark Milley berkata, tidak mustahil kumpulan pengganas ISIS dan al-Qaeda membentuk semula pergerakan mereka di bawah pentadbiran Taliban dalam tempoh 36 bulan akan datang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button