Berita Utama

Pelajar perempuan cedera dipercayai terjun bangunan sekolah

Remaja berkenaan alami pendarahan di kepala dan muka, patah kedua-dua tangan

JOHOR BAHRU, 13 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah di Kulai cedera selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan sekolah itu, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.26 tengah hari selepas pelajar berusia 17 tahun itu selesai menduduki peperiksaan.

Beliau berkata kejadian menyebabkan remaja berkenaan mengalami pendarahan di kepala dan muka, patah kedua-dua tangan serta mengalami pendarahan dalaman.

“Pasukan penyiasat bersama sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bergegas ke sekolah itu sejurus menerima panggilan telefon daripada seorang guru.

“Dipercayai selepas selesai menduduki peperiksaan, pelajar terbabit pergi ke bangunan yang menempatkan pelajar tingkatan empat lalu bertindak terjun dari koridor bangunan yang dianggarkan berketinggian 40 meter itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tok berkata pelajar terbabit dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button