Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Perkasa ekonomi Bumiputera, kerajaan semak semula pengurusan pusat beli-belah GLC

Pastikan peniaga Bumiputera dapat menjalankan perniagaan

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Kerajaan berhasrat menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan oleh syarikat tempatan dalam memastikan peniaga khususnya bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana peniaga bumiputera dilihat masih kurang berkemampuan mendapatkan ruang perniagaan di premis berkenaan walaupun ada di antara pusat beli-belah dimiliki GLC, disebabkan kadar sewa terlalu tinggi selain faktor persaingan.

“Kerajaan juga mengambil maklum bahawa pemilikan premis perniagaan di pusat beli belah berprestij dan lokasi tumpuan pelancongan oleh golongan bumiputera masih rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) menerusi sidang video semalam yang dipengerusikan olehnya, bagi membincangkan usaha memperkasa dan memperkukuh pembangunan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera.

Mesyuarat itu, katanya turut mencadangkan agar kuota jumlah premis perniagaan milik bumiputera di lokasi strategik diwujudkan selaras dengan usaha meningkatkan daya saing dan mengukuhkan ekonomi Bumiputera.

“Namun kuota ini akan diuruskan dengan cara telus dan adil agar matlamat utama untuk membantu perniagaan bumiputera yang layak dan berpotensi tercapai, tanpa disalah guna sehingga tersasar daripada objektif sebenar, sejajar dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button