Berita UtamaDunia

Jerman, Belanda salur dana pada guru dan doktor di Afghanistan

Jalinkan kerjasama, bantu tangani krisis kemanusiaan

KABUL, 14 Rabiulakhir 1443H, Jumaat – Jerman buat pertama kali menghantar diplomat ke Afghanistan selepas Taliban mengambil alih pentadbiran, sekali gus mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri negara itu.

Menerusi pertemuan, Jerman berjanji akan terus membantu rakyat Afghanistan namun tidak menyalurkan bantuan secara langsung kepada kerajaan.

Menteri Luar Jerman memaklumkan, wakil khas Jerman ke Afghanistan, Jasper Wieck dan Duta Besar, Markus Potzel telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan beberapa pegawai kanan Taliban, semalam.

Pertemuan itu turut dihadiri wakil khas Belanda, Emiel de Bont.

Kedua-dua negara berjanji akan meneruskan kerjasama dan menyalurkan bantuan dalam menangani krisis kemanusian di negara berkenaan.

Sementara jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, pertemuan itu diketuai pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Motaqi.

Malah Amir Khan turut meminta Jerman dan Belanda menyalurkan secara terus bantuan ke akaun guru dan doktor yang terlibat bagi mengelakkan kelewatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button