Artikel Khas

PRN Melaka: Gesaan kepada semua pemegang taruh politik tanah air

Umat Islam harus hantar isyarat tegas mahu cara berpolitik beri kesejahteraan bukan perpecahan

PEMBELA tidak akan bersama dalam perkara melibatkan perpecahan umat dan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak.

2. PEMBELA melihat isu PRN Melaka ini sebagai satu keadaan yang tidak seharusnya berlaku jika semua pihak yang terlibat dapat menguruskan nafsu dan ego masing-masing serta meletakkan kepentingan umat dan rakyat sebagai keutamaan.

3. PEMBELA kecewa dengan keadaan politik semasa yang membawa lebih banyak perpecahan kepada umat Islam.

4. PEMBELA berpendirian teguh kepada politik penyatuan semua pihak sebagaimana banyak dalil di dalam al-Quran dan sabda Rasulullah ﷺ di dalam hadith yang sahih.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk…” (Surah Ali Imran: 103)

5. PEMBELA juga tidak menyokong sebarang tindakan perebutan kedudukan politik yang bakal memberikan kemudaratan kepada rakyat secara umumnya tatkala usaha mengurangkan kesan wabak COVID-19 ini sedang giat dilaksanakan seluruh negara. Tragedi peningkatan kes COVID-19 selepas PRN Sabah hendaklah dielakkan dan dijadikan iktibar agar tidak berlaku lagi peningkatan kes secara mendadak selepas PRN Melaka.

6. PEMBELA berpendirian umat Islam harus menghantar satu isyarat tegas bahawa mereka mahukan cara berpolitik yang menguntungkan serta memberikan kesejahteraan kepada umat dan bukan perpecahan dan mudarat.

7. PEMBELA ingin mengajak semua pemegang taruh dalam urusan kuasa politik umat Islam untuk dapat berlapang dada, kembali ke meja rundingan dan berdamai bagi membentuk satu jemaah kuasa politik Islam yang kuat, kukuh dan bersatu.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button