Dunia

49 bangunan Palestin diroboh pengganas Israel

Babit masjid, 8 buah rumah dan 23 struktur bangunan di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Sebanyak 49 bangunan milik Palestin dirobohkan rejim pengganas Israel dalam tempoh dua minggu pertama pada bulan November, menyebabkan 38 rakyat kehilangan tempat tinggal dan 400 yang lain terjejas kepada akses perkhidmatan.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di Palestin berkata, tindakan rejim Israel merobohkan dan merampas bangunan milik Palestin didakwa kononnya tidak mempunyai permit.

Menurut OCHA, antara bangunan yang dirobohkan di Kawasan C Tebing Barat yang diduduki, membabitkan sebuah masjid, lapan buah rumah dan 23 struktur bangunan dalam 16 komuniti.

Sebanyak lapan bangunan turut dirobohkan di Baitulmaqdis Timur, termasuk dua buah kediaman yang terpaksa dirobohkan pemiliknya ekoran desakan serta tekanan daripada perbandaran Israel, kata OCHA.

Dalam tempoh sama, penjajah Israel turut mencederakan 20 rakyat Palestin dan merosakkkan serta mencuri hasil tanaman zaitun di pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Insiden itu menyebabkan lima rakyat cedera akibat ditembak peluru hidup dan membakar khemah serta lima kenderaan Palestin termasuk dua ambulans.

Manakala, 11 lagi rakyat Palestin cedera akibat terkena batu apabila penjajah Israel menyerbu perkampungan Burin dan Burqa di daerah Nablus serta kejiranan Ras al Amoud di Baitulmaqdis Timur. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button