Berita UtamaDunia

8 terbunuh, 13 cedera dalam letupan di pasar Somalia

Kumpulan pengganas Al-Shabaab disyaki dalang utama ekoran beberapa serangan sebelum ini

MOGADISHU, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 13 yang lain cedera dalam letupan bom di negeri barat daya Somalia, lapor agensi berita Anadolu.

Letupan dilaporkan berlaku di pasar yang sibuk di bandar Berdale, terletak kira-kira 310 kilometer (192 batu) dari ibu negara, Mogadishu, kata seorang pegawai polis kepada Anadolu Agency melalui telefon.

“Perhubungan terputus di kawasan itu tetapi kami boleh mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya lapan orang, kebanyakannya orang awam telah meninggal dunia dan 13 lagi cedera,” kata seorang anggota polis di Baidoa, Mohammed Ahmed Isaq.

Beliau berkata, tiga daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala kecederaan yang lain tidak mengancam nyawa.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu, tetapi kumpulan pengganas Al-Shabaab telah meningkatkan serangan di Somalia sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ia juga berada di belakang dua serangan berturut-turut di Mogadishu minggu lalu, salah satunya adalah pengeboman berani mati yang menyasarkan konvoi Misi Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan beberapa lagi.

Di tengah-tengah ketidakamanan yang semakin meningkat, tentera Somalia telah meningkatkan operasi terhadap kumpulan itu, yang bergabung dengan organisasi pengganas Al-Qaeda. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button