Berita Utama

PAS nafi keluar kenyataan tak sokong Mas Ermieyati sebagai calon KM PN

Sifatkan sebaran palsu sebagai fitnah yang berat

MELAKA, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan parti itu membuat kenyataan tidak bersetuju dengan calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau menyifatkan sebaran palsu menggunakan kepala surat Majlis Syura Ulamak itu sebagai fitnah yang berat.

“Saya meminta untuk mereka yang bertanggungjawab terhadap fitnah ini agar menarik balik sebaran palsu tersebut dan juga menjauhi perbuatan yang tercela demi kepentingan nafsu,” menurutnya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular satu kenyataan media menggunakan kepala surat Majlis Syura Ulama PAS yang mendakwa parti itu tidak menyokong pencalonan Mas Ermieyati, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), sebagai Ketua Menteri jika PN mendapat mandat membentuk kerajaan di Melaka.

Sebelum ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu pada sidang media di Ibu Pejabat PN di Kuala Lumpur. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button