Berita Utama

Penduduk USJ alami gangguan bekalan air

Dijangka pulih sepenuhnya menjelang tengah malam pada 21 November

PETALING JAYA, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Penduduk di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di daerah Petaling mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah pada hari ini.

Air Selangor berkata, gangguan air di kawasan ini adalah disebabkan masalah teknikal ‘air lock’ pada paip agihan utama yang membawa air ke Kolam Air Sime UEP di Kg Kenangan di Puchong.

“Air Selangor sedang berusaha untuk mengatasi masalah ‘air lock’ ini dan akan menyalurkan bekalan air secara berperingkat selepas paras kolam agihan stabil.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan menjelang tengah malam pada 21 November.

“Pemulihan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut, rujuk semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, laman web Air Selangor di www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Hotline Air Selangor di 15300.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button