Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Singapura seragamkan dos penggalak selepas 5 bulan lengkap 2 dos

Tak mustahil penurunan antibodi berlaku lebih awal bagi warga emas

SINGAPURA, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Singapura akan memberikan suntikan penggalak vaksin COVID-19 kepada individu yang layak, seawal lima bulan selepas lengkap dos kedua.

Kementerian Kesihatannya (MOH) berkata, penurunan antibodi jelas boleh berlaku sekitar enam bulan selepas dos kedua dan tidak mustahil lebih awal bagi golongan warga emas.

Sehubungan itu, jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi COVID-19 mencadangkan bahawa jarak tempoh suntikan penggalak diseragamkan kepada lima bulan untuk semua kumpulan umur yang layak.

“Ini menjadikan selang waktu yang sesuai untuk mengelakkan kemerosotan antibodi bagi semua golongan layak,” kata kementerian itu.

Katanya, pelaksanaan itu akan berkuat kuasa pada 24 November ini.

Setakat ini, MOH memberikan suntikan penggalak untuk tempoh enam bulan selepas dos kedua kepada individu yang berumur 30 tahun hingga 59 tahun, dan lima bulan bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button