Berita Utama

Tidak rasmi: BN buat kejutan bentuk kerajaan di Melaka

Sudah memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi DUN

MELAKA, 15 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Barisan Nasional (BN) setakat ini secara tidak rasmi telah memperoleh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 15 bagi membentuk kerajaan di Melaka.

Berdasarkan keputusan yang diterima, sebahagian besar kawasan yang dimenangi BN adalah kerusi disandang mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Selain itu, parti gabungan berkenaan dilaporkan merampas dua kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

Setakat ini, BN memenangi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang, Rim dan Merlimau.

Empat lagi kerusi dijangka dimenangi BN ialah Telok Mas, Sungai Rambai, Ayer Molek dan Duyong.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button